Thursday, January 19, 2012

Antara Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat....

Hari Jumaat atau lebih famous "Sayyidul Ayyam" yakni penghulu segala hari,ramai yang kurang sedar kedudukan dan kemulian hari ini,lantaran itu, tak hairan langsunglah ramai yang tak ambil kisah bagaimana untuk mengisi dan menghormatinya.Paling menyedihkan,ada yang tanpa segan silu meninggalkan kewajipannya untuk mendirikan solat jumaat...:(

Disini inginku lampirkan beberapa perkara yang insyaAllah bermanfaat untuk kita semua dalam memanfaatkan segala nikmat diberi Allah swt. yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani ini,sebelum tiada lagi peluang untuk kita menggapainya bila ianya pergi(mati)..

1-Membaca surah Al-Kahfi
fadilatnya ialah menerangi antara 2 jumaat sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i,al-Baihaqi dan al-Hakim daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a,

2-Mandi sunat jumaat,bagi orang yang akan pergi solat jumaat,

3- Memotong kuku jika panjang,memotong rambut yang panjang,mencukur bulu ketiak,mengguting misai dan mencukur bulu ari-ari,

4-Memakai wangi-wangian,

5-Memakai pakaian yang elok dan bersih,Afdalnya ialah pakaian berwarna putih,

6-Lebih awal pergi ke masjid bagi melakukan ibadah-ibadah kepada Allah swt.selain dapat berniat iktikaf,

7-Memberi sepenuh tumpuan dan pendengaran pada khutbah dan nasihat yang disampaikan oleh khatib,dan mengambil pengajaran dan seterusnya diamalkan.Hendaklah juga merasakan bahawa kepada dirinyalah ditujukan nasihat-nasihat tersebut.

8-Pada hari ini juga kita disunatkan memperbanyakkan selawat keatas Nabi SAW,siang dan malamnya.Memang sepanjang masa kita disuruh berselawat ke atas Nabi SAW,namun pada hari jumaat ia lebih digalakkan lagi oleh agama.Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi saw pada hari jumaat ialah akan mendapat pahala dan beroleh syafaat Nabi saw pada hari kiamat nanti...Allahuakbar...

sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Apabila kamu berada pada hari jumaat dan malam jumaat,maka hendaklah kamu memperbanyakkan selawat ke atasku."(riwayat Muslim)
wallahu'alam...
Dinihari yg indah dan barokah......2.20 A.M




No comments:

Post a Comment