Saturday, May 29, 2010

laWak Ke TiDak....,fikir2kan....

kenyataan ini ana jumpa msa jaulah blog ke blog hehe... so ana ambik ,
(tuan dye bg taw,,,)intipatinye untuk renungan bersamaApe kata sok sape yang pergi solat Jumaat tu, on the way ke masjid sambil bayangkan peristiwa ni betul-betul jadi..hehe...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah
Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit,
sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah...

http://img.timeinc.net/time/daily/2007/0706/hamas_fatah_0612.jpg

Macam mana???
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?
selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut
terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email yang berunsur
lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak? tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain...

fikir-fikirkan dan selamat beramal~

Wednesday, May 19, 2010

untukmU GURU & sAhabat

jasa guruku...

LILIN SEORANG GURU

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dia mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

o hoooo.....Aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan......beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

in-team

Perlukah

Album :
Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

lirik: ikhsan
lagu: ikhsan

Wednesday, May 12, 2010

KISAH ANAK DERHAKA

Saya ingin berkongsi satu kisah yg saya dapat dari teman saya. Kisah ini merupakan kisah benar yg dibawa dari Sandakan mengenai seorang gadis yg menderhaka kepada ibunya hanya kerana ingin menyambut Hari Kemerdekaan dan diberi balasan di dunia lagi... Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua betapa besarnya kuasa Allah serta betapa kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kerana Allah tidak pernah melupakan janjinya akan pembalasan pahala dan dosa terhadap hamba-hambanya.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke
arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok,"saya menyapa.
" Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.

" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung,
" di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh
keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
"Maaak?kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
kata gadis itu.

" Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

" RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula
mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta?" belum pun habis
ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du...? " ibunya menyambung ,tapi belum pun habis kata-katanya, sigadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .
" Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya
bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai
dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."

Kemudian gadis be enaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap
terpahat ke tanah.

" Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam
mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur
lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter dari kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil. Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya
sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil
menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
arwah ibunya.
" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di
tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?"

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka...

Semoga Allah mengampunkan dosanya.. Dan semoga kita semua mati dalam keredhaanNya... Amin!

Wednesday, May 5, 2010

SaNah HeLWah utk aDikKu teRsAyang

5 mei 1990...

sanah helwah wat adikku mohd farizul syawal,ari nie genaplah umur ko 20tahun,em yeke...
em yela kot..hehe..,dah tua upenye ngko...,dah baca nanti janganlah marah plop kak ti gurau je...tapi betul pe...huhu,hm,kak doakan jo dilimpahkan RAHMAT kesihatan,panjang umur,murah rezeki,jadi anak soleh...,moga dapat keberkatan ilmu dan jadi insan yang berguna pada agama dan negara,tanamkan islam dihati ,bangkitkan ia dengan amalanmu...,ingAt pesan ma n abah solAT TAHAJUD,DHUHA,HAJAT jangan tinggal...Quraan baca selalu..,pesan kak,jadikan ia sebagai sahabatmu..,hm,politenik pun 1 cabang dari medan ilmu...,jangan sedih nanti kite kongsi la ilmu...jaga islam jaga iman...walhu'alam...

Tuesday, May 4, 2010

SAKIT KEPALA@MIGRAIN

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

  1. Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  3. Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

APAKAH ITU MIGRAIN???

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang
tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.

Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.

Jangan anggap remeh gejala sakit kepala sebelah atau yang lazim disebut migrain. Ketika seseorang merasakan gejala ini maka orang tersebut dimungkinkan juga menderita sebagian kerusakan saraf otak. Migrain adalah sebagai pertanda awal kerusakan Otak.

Kerusakan saraf otak pada penderita migrain terjadi karena sel-sel otak menggembung dan menjadi 'haus' akan oksigen. Temuan ini juga bisa membantu menjelaskan mengapa penderita migrain memiliki risiko lebih tinggi untuk terserang stroke. Bahkan, ungkap peneliti, kerusakan saraf otak yang disebabkan migrain setara dengan kerusakan otak akibat gegar otak dan kondisi pascastroke.terjadinya pembengkakan pada sel-sel otak yang kekurangan oksigen..

Terjadi juga gelombang perubahan pada sel-sel otak dan berkaitan dengan migrain, stroke, dan trauma kepala. Kemudian, sel-sel syaraf menjadi rusak, terutama pada bagian dendrites dengan jaringan tipis dan panjang yang membentang dari satu sel syaraf ke sel syaraf lain.

> Saat ini tidak ada obat, serum maupun vaksin yang dapat menyembuhkan manusia dari kerusakan Otak secara Medis, termasuk juga operasi perbaikan seringkali gagal dan berakibat kematian.

Gejala Gangguan pada Urat Syaraf di Kepala :

- Kerusakan otak pada penderita migrain terjadi karena sel-sel otak menggembung dan menjadi 'haus' akan oksigen.

- Kerusakan otak yang disebabkan migrain setara dengan kerusakan otak akibat gegar otak dan kondisi pascastroke.

- Gejala migrain ini seringkali diawali oleh 'aura', yaitu serangkaian gangguan pandangan berupa kilatan cahaya atau bintik-bintik hitam.

- Penyempitan pada pembuluh darah ke kepala menjadi sumber kerusakan urat syaraf di kepala akut.

Kesimpulan lain yang menarik adalah, jenis kelamin ternyata memiliki pengaruh signifikan terhadap penyakit ini. Disebutkan, perempuan lebih mungkin untuk terserang rasa sakit kepala sebelah ini.

ANTARA RAWATANNYA:-

Banyak orang yang sering mengalami sakit kepala karena stres. Sejumlah cara nonmedis dapat membantu meringankan keparahan dan frekuensi serangan sakit kepala.Cuba saja hal-hal berikut ini. Pertama, mandi air hangat. Mandi air hangat dan istirahat mungkin yang anda butuhkan ketika sakit kepala mendera gara-gara stres. Tambahkan garam kristal jika ada, hasilnya akan lebih baik untuk menyegarkan tubuh kembali.

Kedua, lakukan gaya hidup sehat. Kebiasaan hidup sehat membantu mencegah datangnya sakit kepala. Pola hidup sehat ini meliputi makan sehat dengan gizi seimbang tentunya, lalu tidur teratur dan hindari asupan kafein berlebihan. Jangan lupa olahraga teratur seperti jalan kaki, berenang dan bersepeda.

Hal ketiga itu adalah management stress. Satu cara mengurangi stress adalah dengan melakukan perencanaan matang dan mengatur waktu dengan bijaksana. Cara lain adalah dengan menyediakan waktu untuk rileks. Lakukan latihan bernapas dalam (menarik napas panjang dan menbuangnya perlahan-lahan).

Hal keempat, rileksasi otot. Otot yang tegang sering jadi penyebab sakit kepala,Kompres otot yang tegang dengan air hangat atau es, sesuai selera. Bungkus es ke dalam handuk sebelum ditempelkan ke tubuh. Jika kompres hangat jadi pilihan Anda, gunakan botol berisi air panas atau handuk panas. Anda juga bisa dipijat untuk mengurangi ketegangan otot.

Hal terakhir adalah bermain dengan binatang kesayangan. Binatang piaraan seperti Ikan, burung atau kucing dapat menjadi teman yang sangat baik dalam keadaan susah dan senang. Jika Anda sepulang kerja sakit kepala akibat stres, bermainlah dengan mereka. Menatap matanya sambil mengelus-elus dan memasukkan jemari diantara bulu-bulunya, membuat Anda lupa bahwa tadi sempat sakit kepala.(dechacare).