Wednesday, March 17, 2010

MENINGGALKAN TASYAHHUD AWWAL & DOA QUNUT...

Meninggalkan tasyahhud awwal dengan sengaja dan meninggalkan pula sujud sahwi dengan sengaja walaupun ingat tidaklah membatalkan solat seseorang itu menurut jumhur ulamak. Walau bagaimanapun perbuatan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW dalam menunaikan solat yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih; "Baginda bersabda:Solatlah anda sebagaimana anda melihat saya bersolat".

Dalam sebuah hadis sahih yang lain yang dinukilkn oleh imam An-Nawawi dalam syarah Mudahdhabnya menjelaskan nabi pernah suatu ketika menunaikan solat Zohor tetapi terlupa untuk tasyahhud awwal, kemudian baginda menggantikannya dengan dua kali sujud sahwi di akhir solatnya sebelum salam. Apa yang jelas kepada kita tidak terdapat riwayat yang mengatakan nabi SAW sengaja berbuat demikian.

Kerana itu orang yang sengaja meninggalkan tasyahhud awwal bererti ia telah mencanggahi sunnah Rasulullah SAW. Tambahan pula solat bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan. Solat ini telah ditunaikan oleh para sahabat dan generasi umat Islam sesudahnya. Namun tidak ada pula dinakalkan ada di antara mereka sengaja meninggalkannya, kecuali kerana terlupa. Itu sahaja.

Tasyahhud Awwal termasuk ke dalam sunat Ab'ad menurut jumhur ulamak termasuklah Imam Syafi'i, Malik, Thauri, Awza'i, dan Abu Hanifah. Sunat Abd'ad bermaksud sunat yang hampir-hampir mencecah hukum wajib. Kerana itu ia tidak boleh sengaja diitinggalkan begitu sahaja. Menurut Imam Imad, Al-Laithi, Ishak dan Dawud Tasyahhud awwal hukumnya wajib. Ini bermakna orang yang sengaja meninggalkannya solatnya jelas batal. Golongan ini berhujjah hadis yang menjelaskan nabi SAW menyuruh para sahabatnya menunaikan solat sebagaimana mereka melihat baginda menunaikannya. tanpa sebarang pengecualian satu rukun pun kerana itu hukum tasyahud awwal adalah wajib.Jumhur ulamak pula berhujjahkan hadis yang disebutkan di atas sebelumnya.

Qunut juga termasuk ke dalam sunat Ab'ad. Ini bererti orang yang tertinggal melakukannya hendaklah sujud sahwi di akhir solatnya. Jika ia sengaja tidak membaca qunut dan sengaja pula tidak sujud sahwi di akhir solatnya, hukum solatnya tidaklah terbatal. Dalam madhhab Syafii qunut yang merupakan sunat mempunyai dalil yang kuat seperti mana yang dijelaskan oleh An-Nawawi di dalam syarah muhadhdhabnya.

Kerana itu ia tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana solat merupakan perkara yang berat dan merupakan tiang agama, sewajarnyalah kita meunaikannya dengan sempurna baik dari segi wajibnya mahupun dari segi sunatnya. Janganlah hendaknya kerana ada di antara perkara sunat di dalamnya kita dengan sewenang-wenangnya sahaja meninggalkan perkara sunat itu. Kenapa dalam soal ibadat kita begitu mengambil mudah tetapi dalam soal pengurusan duniawi kita begitu mengambil berat.?

FIKIR2KANLAH....

No comments:

Post a Comment