Wednesday, June 8, 2011

Untukmu Mira..

Mira anak bongsu dari dua orang adik beradik. Dia merupakan seorang anak kepada penyapu sampah yang sudah tua dimamah usia. Ibunya kini sering sakit-sakit kerana terlalu kuat bekerja untuk memperbaiki taraf hidup merka sekeluarga. Ayah mereka yang selama ini mencari nafkah buat mereka sekeluarga telah meninggal dunia kerana terlibat dengan suatu kemalangan ketika baru balik memotong getah.

Kehidupan mereka bertambah daif. Hidup mereka ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Suatu hari Mira pulang dari sekolah dan terus menuju ke dapur lalu membuka tudung saji di atas meja. Alangkah marahnya Mira apabila melihat tiada satu pun makanan di atas meja. lalu ibunya yang tua menjadi sasaran kemarahannya.

"Ibu, kenapa Ibu tak masak lagi? Kan sudah tahu Mira kan balik sekolah tengahari. Sudahlah bagi wang saku pun tak cukup untuk Mira beli nasi di sekolah. Ibu! Mira dah tak larat hidup macam ni! Ibu di rumah tahu tidur saja.".

Begitulah kata-kata Mira kepada Ibunya yang kebetulan pada hari itu tertidur di atas sofa lusuh di ruang tamu.

Mira tidak tahu bahawa ibunya mengalami demam yang panas kerana tidak cukup rehat dek kerana mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Mira hanya mementingkan dirinya sahaja. Ibunya diam mendengar leteran puteri kesayangannya itu. Tidak lahir satu pun rasa marah kepada Mira pada waktu itu. Padanya, memang salah dirinya kerana gagal untuk memasak juadah untuk anaknya yang baru pulang dari sekolah.

Ibunya teringat pesan arwah suaminya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik.

"Mira, lapar ya sayang? sebentar ibu masakkan ya."

Lantas, ibu pun bangun untuk segera menyediakan juadah untuk anak kesayangannya. Mira menghentak kaki dan segera masuk ke dalam biliknya tanda protes kerana ibunya gagal menyediakan makanan buatnya apabila beliau balik dari sekolah. Ibu hanya diam melihat gelagat anaknya namun beliau tahu Mira hanya ingin meluahkan perasaan marahnya kerana kesalahannya sendiri.

Sedang Ibu memasak, pulang anaknya yang sulung yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Melihat ibunya yang masih belum lega demamnya memasak, Along lantas menyuruh ibunya berehat dan dia mengambil alih tugas ibunya memasak. Along tahu bahawa ibunya sudah penat untuk melakukan semua itu tambahan dengan demam yang dialaminya belum lagi sembuh.

Along seorang anak yang amat berhati mulia dan amat memahami kondisi ibunya yang sudah tua dan sudah tidak berdaya itu lagi. Sedang asyik Along memasak, Mira datang dan bertanya di mana ibu? Lantas along menjawab bahawa ibu sedang tidur di sofa lusuh di ruang tamu, mungkin ibu penat agaknya.

Mira dengan pantas menuju ke ruang tamu dan mengejutkan ibunya untuk meminta wang kerana dia mahu keluar bersuka-ria bersama kawan-kawannya. Along begitu marah melihatkan gelagat adiknya yang mengejutkan ibu yang sedang lena tidur semata-mata untuk meminta wang. Along memarahi Mira. Namun Ibu dengan segera meleraikan pergaduhan mereka.

"Along, janganlah kamu memarahi adik kamu, dia hanya mahu meminta wang untuk membeli buku rujukan bersama rakan-rakannya, lagipun SPM pun sudah dekat. Ibu mahu dia berjaya kelak," lantas ibu masuk ke dalam biliknya dan meyeluk saku baju kerjanya. Mira hanya menurut ibunya dari belakang. Ibu memberi RM30.00 kepada Mira namun itu belum cukup bagi Mira, dia merebut wang yang selebihnya ada di tangan ibunya itu.

"Jangan Mira, itu wang untuk....."

Belum habis ibunya berkata-kata Mira terus keluar dari rumah. Suara Mira dari luar jelas didengari oleh ibunya.

"Ibu, duit kita boleh cari lagi. Jangan risau," dia tidak tahu ibunya bertungkus-lumus mencari wang untuk mereka sekeluarga.

Namun, ibunya tidak menaruh sebarang perasaan marah kepada anaknya itu kerana anak merupakann kurniaan Allah yang tidak boleh dijual beli baginya.

Along tidak melihat apa yang berlaku kerana asyik memasak di dapur.

Hari ini tidak seperti hari yang sebelumnya, jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam. Mira masih belum pulang ke rumahnya. Ibu dan Along sudah mula risau. Tidak lama kemudian, telefon berbunyi dan Along segera mengangkatnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar satu-satu adiknya telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan penglihatannya menjadi buta.

Ibu yang mendengar berita itu amat terkejut lalu mencari orang untuk menghantar mereka berdua ke hospital segera. Setibanya di hospital, Ibu melihat teriakan Mira yang amat sedih akibat hilang keupayaan untuk melihat.

"Sudah tidak guna lagi aku hidup di dunia ini, aku sudah tidak mampu melihat lagi."

Ibu sudah tidak sanggup untuk melihat cahaya matanya yang kedua itu hidup dalam kegelapan selama-lamanya. Dia harus mencari cara untuk mengembalikan penglihatan anaknya semula.

Seketika kembali seorang doktor datang ke arah Mira dan berkata bahawa. "Mira,awak jangan risau, kami telah menemui seorang penderma yang sanggup mendermakan matanya kepada awak."

Mira merasakan dirinya orang yang paling bertuah setelah mendengar berita yang gembira itu.

Hari pembedahan sudahpun tiba, pembedahan semuanya berlaku dengan lancar. Pembedahan itu mengambil masa selama hampir 4 jam. Hasilnya juga mengembirakan. Hari ini hari yang penting buat Mira kerana balutan pada matanya akan dibuka dan menandakan samada beliau berjaya melihat kembali ataupun tidak. Hasilnya amat memberangsangkan. Mira dapat melihat semula.

Orang yang pertama dilihatnya ialah Along. Dia tertanya-tanya dimanakah Ibu. Dia mahu meminta maaf kepada Ibu atas semua kesalahan yang telah beliau lakukan. Mira sudah insaf.

"Along, di mana Ibu? Mira hendak mencium tangan ibu dan meminta maaf kepadanya. Tangisan air mata jelas kelihatan mengalir di pipi Along. "Along, mengapa menangis? Ibu mana?" pertanyaan itu ditanyakan kepada Along berkali-kali tetapi hanya linangan airmata dapat dilihat mengalir di mata Along. Berbagai persoalan bermain di minda Mira saat itu.

"Ibu sudah meninggalkan kita adik!!! Ibu mengalami komplikasi semasa pembedahan mendermakan matanya kepadamu adik. Dia mengambil risiko untuk menjalani pembedahan walaupun usianya sudah lanjut adik. Ibu telah melakukan satu pengorbanan yang sangat besar kepada kamu Mira!!!" Mira berlari ke arah bilik mayat lalu diekori Along.

Mira melihat Ibunya terbujur kaku dan tidak benyawa lagi sekarang. "Ibu, bangun ibu! Mira datang ni, nak minta maaf kat ibu! Kenapa ibu tak membiarkan Mira buta saja Ibu?? Mira tak sempat minta maaf kat Ibu, Mira menyesal Ibu!"

Along cuba menenangkan Mira dan memberikan sepucuk surat kepada Mira.

"Mira,
Di saat kau membaca surat ini,
Mungkin Ibu telah pergi meninggalkan dunia ini,
Andai kata Ibu pergi sebelum sempat berjumpa dengan Mira,
Ibu pasti Mira pasti sudah boleh melihat...
Ibu mahu kamu dapat melihat dunia ini dan kebesaran Ilahi...
Ibu sudah mengampunkan segala dosa-dosa Mira...
Terimalah sepasang mata ini daripada ibu..."

- Artikel iluvislam.com


p/s: Hargailah ibubapamu saat mereka masih bersamamu,jalankan tangungjawabmu sebagai anak mereka ,hormati dan patuhlah pd mereka selagi mana tidak bercanggah dengan syariat agama... Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899

Thursday, June 2, 2011

Ku tujukan khas untuk semangat2 yg nak luntur...

LIRIK MAWI - HAMBAMU (FEAT AKHIL HAYY)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (ALLAH)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (ALLAH)
Tegakkan perjalanana yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Tuesday, May 31, 2011

TEKA- TEKI IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH..

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “


Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat

dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang

bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “


Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar


adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap

kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita

harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang

dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.


Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “


Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali

adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati

dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”


IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “


Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah

MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,

binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT

meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi

manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan

Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal

memegang amanah.”


Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”


Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling

ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT .

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “


Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “


Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan

mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sunday, May 22, 2011

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik...

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik,,,

Alhamdulillah,walaupun ini bukanlah hasil penulisan ana, namun,ana ingin kongsi dan tampilkan jua untuk sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan...,sesungguhnya Allah SWT.maha pengasih lagi maha menyayangi hamba-hambanya dan memberi petunjuknya pada sesiapa sahaja yang diingininya...,smoga kita semua tergolong dari kalangan hamba-hamba Allah swt. yang bertuah itu...hayatilah karya ini...,pernah baca..hah baca lagi...hehe...

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the best in everything you do... Jaga diri & iman baik-baik yea~...


-Amin, UK-"

***********

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam...

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni... tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome... tak balik. byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...

Amin: hurm...

Wani: apa dia? tanya la... sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la...

Amin: hurm...

.....

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...

Wani: jadi...

Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...

Amin: sbb......

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru...

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...

Amin: huh...

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...

Amin: kononya Islamik...

Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam... then, org nampak Islamik...

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..

Amin: hurm.....

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...

Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...

Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...

Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...

Cinta hakiki hanyalah pada Allah...

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas....

Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang... Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun..."

Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Dah habis baca sahabat-sahabat,macam mana?apa yang kalian rasa melalui cerita ini,macam mana pula dengan kehidupan kita,pergaulan kita,fikir-fikirkan,sebagai muhasabah bersama...,apa yang silap kita betulkan ,jadikan sebagai pengajaran dan pedoman untuk kehidupan mendatang...karya asal boleh dapati di laman web I luv Islam.com...Wallahu'alam...



Wednesday, October 6, 2010

HANYA UNTUK BER'ABDI...

Sesungguhnya Allah swt.tidak menciptakan makhluknya bersahaja melainkan hanya untuk beribadah kepadanya...

Firman ALLAH swt. yg bermksud;
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembahku".
Az-Zaariyat:56

Firman Allah Taala yg bermksud:
"Wahai hamba-hambaku yg beriman,sesungguhnya bumiku adalah luas,maka sembahlah ak sahaja.
Al-Angkabut:56

Maka tetaplah kamu wahai mukmin,mudah-mudahan Allah swt.memberi taufik kpdmu,untuk menghdapkan diri beribadat kpd tuhanmu dengan memutuskan semua perkara yg dapat menghalang dari ibadah itu dan dgn memalingkan semua hal yg dapat mengjadikan manusia berpaling darinya.Dan ketahuilah bahawa ibadah itu tidak mungkin jadi sah tanpa disertai ilmu,sedang ilmu pula tidak berguna jika tidak dengan ikhlas.Maka berpeganglah dengan ikhlas itu kerna ia adalah titik tempat beredar dan pangkal yang menjadi tempat berpegang.Ia adalah seperti apa yang dikatakan oleh Abul Qasim al-Qusyairi:

Ikhlas ialah mengesakan Allah swt.dengan tujuannya didalam perbuatan taat iatu engkau maksudkan dengan perbuatan taatmu untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.Bukan kepada sesuatu yang lain seperti untuk memperlihatkan amal kepada makhluk,menarik simpati di hati makhluk,suka dipuji makhluk dan masih byk lagi tujuannselain mendekatkan diri pada Allah swt.

RIYA' MEMBINASAKAN AMAL,MEMBATALKAN PAHALA..

Hindarilah riya' yakni beramal hanya untuk dilihat oleh makhluk,kerana ia akan menghancurkan amal,membatalkan pahala dan mengundang kemurkaan dan siksa tuhan.Sedang Rasulullah saw sendiri telah menyebutkannya sebagai" syirik kecil".

Dalam 1 hadis sahih disebutkan:
"Awal-awal makhluk Allah yg masuk ke dlm neraka adalah 3 org. pertama lelaki yg membaca al-Quraan agar dikatakn bahwa ssungguhnya dia seorg yg pandai membaca,kedua,lelaki yg gugur berperang dan dia x berperang kecuali agar dikatakan bahwa dia seorang yg berani dan yg ketiga,lelaki yg memiliki harta kemudian bersedekah dgannya agar dikatakan bahwa ssungguhnya dia adalah seorang dermawan."

Riya' adalah 1 perkataan yg mngungkapkan ttg mgharapkan tempat di hati manusia dgn sebuah amalan yg dapat digunakan utk mndekatkan diri pd Allah swt. spt smbahyang dan puasa.Jika engkau merasakan riya' ini ada dlm dirimu,maka jgn sekali2 engkau mncari keselamatan drpadanya dgn cara mninggalkan amal.kerna dgn begitu engkau telah memuaskan hati syaitan.ttapi sebaliknya hendakla engkau lihat,setiap amalan yg engkau tidak mampu utk melakukan kecuali di tmpat yg dilihat manusia,spt haji,jihad,menuntut ilmu ,solat berjemaah dan lain2 lg,maka hendaklah engkau mngerjaknnya scara terbuka spt yg diperintahkan Allah swt.kpdmu.Perangilah hawa nafsumu dan mohonlah pertolongan kpda Allah.Manakala amalan2 yg tidak berada ditahap ini,spt puasa,bersedekah,beribadah tengah malam,dll,maka hendaklahb engkau bersungguh-sungguh menyembunyikannya,krn mngerjakannya scara tertutup adalah lbih baik,kecuali bg org yg aman dari riya' yg mngharapkan kelakuannya diikuti oleh org lain dan memang dia seorang yg layak menjadi ikutan...

bersambung...
sumber;
mujarabat pembersihan jiwa
tafsir ayat quraan

Friday, August 27, 2010

RAHSIA UBUN-UBUN......MANUSIA...


Gambar otak manusia bagian depan yang disebut Allah dalam Al Qur’an Al Karim dengan kata nashiyah (ubun-ubun).

Al-Qur’an menyifati kata nashiyah dengan kata kadzibah khathi’ah (berdusta lagi durhaka). Allah berfirman, “(Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.” (Al-‘Alaq: 16)

Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut durhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?
Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar ahli. Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahwa ubun-ubun merupakan penanggungjawab atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia. Sementara organ tubuh hanyalah prajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Karena itu, undang-undang di sebagian negara bagian Amerika Serikat menetapkan sanksi gembong penjahat yang merepotkan kepolisian dengan mengangkat bagian depan dari otak (ubun-ubun) karena merupakan pusat kendali dan instruksi, agar penjahat tersebut menjadi seperti anak kecil penurut yang menerima perintah dari siapa saja.

Dengan mempelajari susunan organ bagian atas dahi, maka ditemukan bahwa ia terdiri dari salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe. Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeda dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya terkait dengan pembentukan kepribadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berpikir, dan memori. Ia memainkan peran yang terstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia memiliki pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.

Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebagian tindakan manusia yang menunjukkan kepribadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya. Bagian inilah yang membedakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk bernisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

صورة للبروفسور كيث ال مور عالم الأجنة الكندي

Ketika Prof. Keith L Moore melansir penelitian bersama kami seputar mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada semintar internasional di Kairo, ia tidak hanya berbicara tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia. Bahkan, pembicaraan merembet kepada fungsi ubun-ubun pada otak hewan dengan berbagai jenis. Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah hewan seraya menyatakan, “Penelitian komparatif terhadap anatomi manusia dan hewan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun.

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kontrol dan pengarauh pada manusia, sekaligus pada hewan yang memiliki otak. Seketika itu, pernyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)

Beberapa hadits Nabi SAW yang bericara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu…”
Juga seperti doa Nabi SAW, “Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya…”
Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”

Apabila kita menyandingkan makna nash-nash di atas, maka kita menyimpulkan bahwa ubun-ubun merupakan pusat kontrol dan pengendali perilaku manusia, dan juga perilaku hewan.

Makna Bahasa dan Pendapat Para Mufasir:
Allah berfirman,

كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَ بِالنَّاصِيَةِ(15)نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ(16)

“Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang berdusta lagi durhaka.” (Al-‘Alaq: 15-16)

Kata nasfa’ berarti memegang dan menarik. Sebuah pendapat mengatakan bahwa kata ini terambil dari kalimat safa’at asy-syamsu yang berarti matahari mengubah wajahnya menjadi hitam. Sementara kata nashiyah berarti bagian depan kepala atau ubun-ubun.

Mayoritas mufasir menakwili ayat bahwa sifat bohong dan durhaka itu bukan untuk ubun-ubun, melainkan untuk empunya. Sementara ulama selebihnya membiarkannya tanpa takwil, seperti al-Hafizh Ibnu Katsir.
Dari pendapat para mufasir tersebut, jelas bahwa mereka tidak tahu ubun-ubun sebagai pusat pengambilan keputusan untuk berbuat bohong dan durhaka. Hal itu yang mendorong mereka untuk menakwilinya secara jauh dari makna tekstual. Jadi, mereka menakwili shifat dan maushuf (yang disifati) dalam firman Allah, “Ubun-ubun yang dusta lagi durhaka” itu sebagai mudhaf dan mudhaf ilaih. Padahal perbedaan dari segi segi bahasa antara shifat dan maushuf dengan mudhaf dan mudhaf ilaih itu sangat jelas.

Sementara mufasir lain membiarka nash tersebut tanpa memaksakan diri untuk memasuki hal-hal yang belum terjangkau oleh pengetahuan mereka pada waktu itu.

Sisi-Sisi Mukjizat Ilmiah:
Prof. Keith L Moore mengajukan argumen atas mukjizat ilmiah ini dengan mengatakan, “Informasi-informasi yang kita ketahui tentang fungsi otak itu sebelum pernah disebutkan sepanjang sejarah, dan kita tidak menemukannya sama sekali dalam buku-buku kedokteran. Seandainya kita mengumpulkan semua buku pengobatan di masa Nabi SAW dan beberapa abad sesudahnya, maka kita tidak menemukan keterangan apapun tentang fungsi frontal lobe atau ubun-ubun.

Pembicaraan tentangnya tidak ada kecuali dalam kitab ini (al-Qur’an al-Karim). Hal itu menunjukkan bahwa ini adalah ilmu Allah yang pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu, dan membuktikan bahwa Muhammad adalah Utusan Allah.
Pengetahuan tentang fungsi frontal lobe dimulai pada tahun 1842, yaitu ketika salah seorang pekerja di Amerika tertusuk ubun-ubunnya stik, lalu hal tersebut memengaruhi perilakunya, tetapi tidak membahayakan fungsi tubuh yang lain. Dari sini para dokter mulai mengetahui fungsi frontal lobe dan hubungannya dengan perilaku seseorang.

Para dokter sebelum itu meyakini bahwa bagian dari otak manusia ini adalah area bisu yang tidak memiliki fungsi. Lalu, siapa yang Muhammad SAW bahwa bagian dari otak ini merupakan pusat kontrol manusia dan hewan, dan bahwa ia adalah sumber kebohongan dan kesalahan.

Para mufasir besar terpaksa menakwili nash yang jelas bagi mereka ini karena mereka belum memahami rahasianya, dengan tujuan untuk melindungi Al Qur’an dari pendustaan manusia yang jahil terhadap hakikat ini di sepanjang zaman yang lalu. Sementara kita melihat masalah ini sangat jelas di dalam Kita Allah dan Sunnah Rasulullah SAW, bahwa ubun-ubun merupakan pusat kontrol dan pengarah dalam diri orang dan hewan.

Jadi, siapa yang memberitahu Muhammad SAW di antara seluruh umat di bumi ini tentang rahasia dan hakikat tersebut? Itulah pengetahuan Allah yang tidak datang kepadanya kebatilan dari arah depan dan belakangnya, dan itu merupakan bukti dari Allah bahwa Al Qur’an itu berasal dari sisi-Nya, karena ia diturunkan dengan pengetahuan-Nya.

edit by;lailahaillallah.com

Sunday, August 1, 2010

kenangan bersama sentiasa dehearty....


Bismillahirahmanirahim....

Subhanallah walhamdulillah..,syukur kehadrat illahi dengan limpahan nikmat insan yang kerdil ini bisa lagi diberi peluang dan nikmat kehidupan...
dan masih diberi peluang untuk bersama keluarga tercinta di malaysia.....

hari jumaat yang lepas,setelah 2 tahun tak dapat ke pengajian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,alhamdulillah akhirnya termakbul jua ke sana....,hm kota bharu nampaknya agak berubah dari dulu...,namun pengajian tetap tidak berubah still ada untuk penimba ilmu buat bekalan di akhirat..

seronoknye juga sebab kali ni ana ditemani adik2 tersayang yang pulang dari KUIN,KEDAH, dan politeknik,TERENGGANU..,semata-mata untuk berjumpa dan menemani kakaknye ini ke kuliah jumaat...alhamdulillah kerana dikurniakan adik2 yg prihatin dan penyayang...

gambar kenangan di Radix Fried Chicken (RFC) Gambar nie ntah ble adk ambik ,curi2 plak tu....