Monday, December 28, 2009

CINTA,LOVE..MAHABBAH,PYAR...

Cinta satu perkataan yg sentiasa wujud dan sentiasa meniti di bibir2 dan kehidupan amnya manusia,tidak ada sesiapapun yg dpt larikan diri drpd mencintai dan dicintai.kemuncak cinta,ada orang yg masuk syurga krn cinta dan tidak kurang juga ada yg masuk neraka lantaran cinta...

Terlalu banyak pendapat ttg cinta @ mahabbah itu sendiri antaranya cinta (hubb) adalah nama bg jenis cinta yg paling murni dan kasih sayang.Cinta tak boleh didefinisikan ,dan hanya boleh dirasakan.Menurut ahli tasawuf,mahabbah adalah cinta yg tertinggi,menurut mereka lg ia meliputi ilham,pancaran hati,cinta dgn segala perasaan dan kewujudannya.Ia juga bermaksud kecederungan hati iaitu kecederungan hati seseorang pada Allah swt...

Ibnu Abdul al-shamad mengatakan:
"cinta itu buta dan tuli,seseorang yg jatuh cinta akan buta terhadap apapun selain kekasihnya,ia tidak akan melihat selain yg dikasihinya,,"

Cinta mempunyai 2 gejala,terkdg ia muncul dlm bentuk kerinduan,dan kadang2 ia dtg dlm bentuk keakraban.Kerinduan sering terjadi tatkala pecinta jauh dari kekasihnya,ia keinginan hati utk melihat kekasihnya,dan keakraban terjadi bila berada dekat dgn kekasihnya,sebagaimana yg dicurahkan Allah swt kpd kekasihnya dan para walinya,bila disebut @ mendengar nama kekasihnya,maka bergetarlah jiwa pecinta2..

Firman Allah swt:
sesungguhnya org2 beriman ialah org yg apabila disebut nama Allah,gementarlah hati mereka,dan bila dibacakan ayat2 Allah bertambahlah imannya,dan kpd tuhannya jualah mrk bertawakal.. (surah al-anfal;2)

Cinta manusia pd tuhannya adalah suatu perasaan yg menjelma dlm hati2 org beriman dlm bentuk perhormatan dan pengagungan,sehingga jika mereka tidak berusaha utk memuaskan yg dicintainya,ia akan rasa resah gelisah dan tak bersabar,cinta pada Allah adlh cinta paling tinggi,ia adalah spiritual yg sgt tinggi,oleh krn itu ia sukar didefinisikan..

Cinta dlm islam adalah kaedah dan sistem yg mempunyai batas.Ia adalah penunjuk kearah mendidik jiwa ,membersihkan akhlak serta mencegah @ melindungi diri drpd dosa2,cinta dpt membimbing jiwa agar bersinar cemerlang,penuh dgn perasaan cinta dan dicintai..

"tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman,yakni Allah dan rasulnya lebih ia cintai drpd yg lain,mencintai seseorg hanya krn Allah dan benci untuk kembali kpd kekafiran sbagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dlm neraka"
(H.R.BUKHARI DAN MUSLIM)

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dlm akidah org mukmin,samada dlm kehidupannya,agama,sosialnya mahupun kepercayaan.Sesungguhnya iman dan islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang...

sabda Rasulullah saw:
"Demi dzat yg diriku ada ditangannya,kamu tak akan mampu masuk syurga sehingga kamu beriman,dan kamu tdk akan beriman dgn sempurna hingga kamu saling mencintai.Hendakkah kalian aku tnjukkan kpd sesuatu yg jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai?sebarkanlah salam diantara kalian.."
(H.RIWAYAT MUSLIM)

Sayangnya zaman kini,banyak cinta yg lahir sarat dgn hawa nafsu dan menyimpang drpd matlamat yg murni.Saban hari kita didodoikan dgn lagu cinta dan dipertontonkan kisah2 cinta yg menghanyutkan kita ke dunia khayalan yg merugikan.Malah ramai yg menyalahertikan makna sebenar cinta,sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorg mukmin.

Sabda Rasulullah saw:

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri"..


Saturday, December 26, 2009

Amalan2 sunat yg dilakukan pd 1o muharam(asyura) dan Fadilat-Fadilatnya....

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa.
  14. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  15. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

jadi apa tunggu lagi,terlampau banyak ganjaran yg allah berikan pada kita ,rugilah lau kita manfaatkannya...,kejarlah ia smentara masih ada waktu bagi kita...

DI SEBALIK BULAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


ANTARA PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan2 yang disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib3X

Thursday, December 24, 2009

10 SEBAB DOA DITOLAK



:
1.kamu mengenal Allah SWT,tetapi kamu tidak tunaikan haknya..
2.kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3.kamu membaca al;quraan ttp kamu x beramal dgnnya,,
4.kamu dpt nikmat dr allah swt ttp kamu x mnsyukurinya
5.kamu kata syaitan adlah musuh kamu ttp kamu x menentangnya..
6.kamu kata syurga itu benar ttp kamu x beramal dgnnya
7.kamu kata neraka itu benar ttp kamu tidak cuba untuk menhindar darinya
8.kamu kata mati itu benar,ttp kamu tidak bersedia baginya
9.kamu bangun dari tidur,lalu kamu ceritakan keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sndiri
10.kamu kebumikan jenazah sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar drpd mereka...

kita selalu berdoa inginkan apa yang dihajati namun tak dapat-dapat...
pastu mula la fikir yang bukan-bukan...
cuba renung dan selidik balik ada tak perkara-perkara diatas pada diri kita,
dan fikir2 kan lah macam mana hubungan kita dgn robbul izzati...
masih ada waktu untuk perbaiki..
kejarlah waktu itu sebelum kamu kehilangannya...